Monday, October 10, 2011

[ NEW LIFE. NEW HOPE. NEW DESTINATION. ]

Gambar hiasan

perkahwinan=

  • rasa selesa
  • rasa tenang
  • rasa cukup

=) 

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I`ll be there for you
I know that deep in my heart <3

(nak cilok lirik lagu maher zain sat.

wlwpon da basi, nak jugak tujukan pada suami tercinta)

Wednesday, August 24, 2011

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
(Al-Baqarah :186)

Sunday, August 14, 2011

[ BREAK F.A.S.T.I.N.G PART 2]

p/s: sila bace entri ni sesudah buka puasa sekiranye iman korang tak cukop kuat dgn godaan makanan yg menggiurkan!ini amaran keras!

wuho!semalam kami berbuka puasa di RESTORAN KAPITAN di gurney hotel..mmg sedap makanan kat sane nuh.sape2 yg nak try bolehlaa ye..harge pon berpatutan. :)

tade keje sementara tggu mknn sampai~
 "sedapp air nih" bak kata zeha
 tandoori biryani
ni muiz punye.claypot Mutton biryani.siyes sedap gile!

waa..sedap sedap..hari ni nak buka kat mane eh?

[ BREAK F.A.S.T.I.N.G PART 1]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~

rasa2 masih belom lewat utk ak ucap selamat berpuasa pada kaum muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia.junior2 yg berada di aussie, n rakan2 blog yg sudi singgah blog ak yg semakin bersawang nih especially rakan2 yg berasal atau sedang menuntut di indonesia, s'pore, india, morocco, Egypt, japan, uk n etc.(i realized it at my blog's stats =) thanx for keep visiting my blog every weekend! no special input but jz a crap views, thoughts, n random experiences about my life. :) n sorry if there's any inappropriate word choice.jz b cool n enjoy reading it! ;)

ok, sambung ckp melayu lak.kali ni kena sopan sikit.ok,minggu lalu, pensyarah saye mdm maria a.k.a 'mama' telah menjemput kami2 utk berbuka puase di rmhnya. jadi sblm bertolak ke rumah nye, kami singgah di 'First Avenue Mall' untuk memantau2 (survey) harga brg2 keperluan. samada barang2 kemahuan raya mahupun barang2 keperluan harian. jadi kami pun berjalan2 sehingga penat.kemudian barulah kami ber tolak ke rmh mama

 husyukk mencari baju raya

setibanya kami di rmh mama,
 

     
 nasi beriyani buatan kami sendiri dan menu2 tambahan 
(sy hanya tlg potong kek saje)

 apabila pelajar lelaki di kerahkan utk melakukan kerja2 dapur
(ya Allah..mulut mereka..bisingnye nauzubillah!kalahkan org perempuan buat keje hoi~)

ok, itu saje..bersambung pada part 2 :)

Sunday, August 7, 2011

[ B.E.L.A.J.A.R ]

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.


Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.



tiada siapa yg sempurna hidup didunia.tetapi apa yg cuba kita lakukan adalah berikan yg terbaik kepada orang di sekeliling terutama yg di sayangi.tetapi jika usaha kita tidak di hargai dan sia-sia, usahlah berputus asa.berserah pada yg Esa

Thursday, July 21, 2011




رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)

Wednesday, July 13, 2011

[ SELAMAT K.E.M.B.A.L.I ]

salam..fuh fuh.genap sebulan tak hapdet blog.sekarang saye berada di IPGM Kampus Pulau Pinang (name terbaru utk maktab aku) ye..selamat kembali warga kohot 5 yg sudah bertapa dan berkampung selama 2 tahun di UUM..dan inilah tahun terakhir bg tempoh pembelajaran kiteorg setelah bertungkus lumus selama 5 tahun bersame2 redahh onak duri.tak banyak yg berubah maktab aku nih.cume ape yg aku perasan waktu perhimpunan tadi ramai lecturer baru dan pelajar pon terdiri daripada muka2 baru..kami daftar masuk di institut ni pada hari isnin lalu 11 julai dan pastilaa lecturer di sini ade yg teruja dgn kehadiran kami dan ade juga yg agak tidak selesa.takot2 kami bawa budaya yg tidak berape baek drp hutan sintok tuh.wuho! tapi jgn risau..kami semua baik2 belaka.dengar kata.al maklumlah..nak jadi guru yg berkualiti..ngeh

dan biase la awal2 sem ni..org macho mcm ak ni hati gembeng jugak.baru bape hari dah homesick.rendu mak woooiii.dan sedikit terkujatt dgn jadual2 kelas.nmpk mcm subjek2 sume susah2 dan aku agak blur (ahhh engkauu!setiap sem blurrr) tapi naseb baik byk shopping mall yg tlg menghiburkan hati aku.bolehh laa nak cuci2 mate

and d most important part is my room! its very spacious and comfortable.. i loike~~~  wehuu~~
boleh ronggeng2 dlm bilik dan boleh muat 20 org wa ckp sama lu!mmg sgt2 selesa.adeyhh.selesa bebenor pon susah gak ek.takot tak jadi belajor.keje nye asek nak membuta.hooo.dan aku di tempatkan di blok nona. blok ni adalah blok pertama aku pernah diami sekitar tahun 2006 dahulu.zaman2 foundation gitu..hehe

 5 thn yg lalu.di hadapan belok nona.muka2 suci yg belom ternoda.
 (6 of us.ayuni was d one who snapped d pic)

euwwww.sgt tidak matang! :D





>jgnlah Kau menimpakan ke atas kami ujian yg tidak termampu kami pikul

Tuesday, June 14, 2011

[ O.R.E.O cheesecake ]

minggu lepas aku telah mencuba kan diri utk membuat oreo cheesecake!ye..cheesecake!wahaha.sebenarnye mmg dah lame sgt nak try buat tp mcm takde masa + malas.tp di sebabkan kepinginn bangatt utk makan cheesecake n dah sampai tahap menggigil2 lah org ckp an klw takdapat mkn cheesecake nih, tuh aku rajinkan diri jugak tok buat.( alah, ckp jelah sebenarnye dah xde duit nak beli kek secret recipe).hoho.yela,mmg pon da xde duit sbnrnye.tp betul la aku ckp, mmg membazir kalau asek nak mkn kek kat kedai mahal2 nih.lebih baik ko belajar sendiri n bile2 teringin leh buat jek. resepi nye mmg senang giler n amat mudah! :D
n ak nak ler letak gmbau sikit nak tunjuk bukti kat korang yg aku nih dah pandai buat cheesecake.first time la katekan..xkan xleh belagak sikit kot.agaga ;p n kebetulan waktu ak sedang beli bahan2 utk buat kek nih, madinah lak call.n die request supaya aku letak gambar macammane lah hasil rupa kek aku an.hehe.nnt i buatkan khas utk u k syg? ;D 


mak aku ckp sedap giler kek aku buat. exaggerate kemain!ahaha. mak aku ckp lagi, aku dah pass boleh kawen dah!weehuu~~ tp ak pandai buat kek ni jela..kek lain haremm tak reti.apetah lg memasak lauk pauk.takkan aku nak bagi laki aku mkn cheesecake hari2.hahaha.ape la mak aku nih ;p 

 sebelum di sejukkan
 memang nampak selekeh sikit, tapi siyesly aku ckp,
rase die lagi sedap dr kek secret recipe! ^^



tips menggemukkan badan: makanlah cheesecake hari-harii

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...