Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

[ SALAM R.A.M.A.D.H.A.N ]

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada anda semua sekiranye sy ada melakukan kesalahan atau terlanjur kata. terutama kpd mak n abah,kakk2, abg2 saya dan seluruh ahli keluarga serta rakan2 dan sesiapa yg mengenali diri ini. sama2 kte meminta maaf dan memaafkan kesalahan org lain.dan moga segala amal ibadah kite diterima Allah dan dilipat gandakn ganjarannya. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.InsyAllah..



Ikhlas,
NURUL 'ATIQAH BT MUKHTAR

Monday, August 17, 2009

[R.A.M.A.D.H.A.N menjelma lagi]

rasanya da lame ak xmenulis..jd sempena kedatangan ramadhan al-mubarak ni rs bolehlaa kita kongsi serba sedikit fadhilat nye..so,ak ade amek bbrape hadith yg ade menerangkan fadhilatnya:

  • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar – yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
  • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya.

1.Abu Hurairah menyatakan: telah bersabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

2. Daripada Abu Hurairah drp Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud :sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yg telah lalu.

3. Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

4. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud: setiap amalan anak adam baginya melainkan puasa maka ia untukKU dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri maksiat pada hari itu dan tidak meninggikan suaranya.

jadi,konklusinya,di bln ramadhan:

  • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
  • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
  • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
  • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
  • Anugerah Allah (bagi orang yang benar)

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...