Thursday, March 31, 2011

[ BESARNYA DOSA M.E.N.G.U.M.P.A.T ]

terbaca satu artikel ni.pasal dosa mengumpat..

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.

Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


jadi di kesempatan ni aku nak MINTA MAAF kepada sape2 yang ak pernah termengata atau tercakap belakang pasal korang secara sedar ataupun tidak.yela, kita ni manusia biasa.tak lari dari buat silap.kadang2 mulut ni laju je terkeluar kata2 yg tak elok.

harap korang2 maafkanla aku ye.kalau korang pon pernah termengumpat sape2,aku doakan Tuhan pon akan bukakan pintu hati org yang korang ngumpat tu untuk maafkan korang,sebagai mana pintu hati korang terbukak utk maafkan aku.dan aku juga nak mengishtiharkan yang aku dah maafkan korang semua yg pernah termengata ak n xkisah laa sape2 pon,aku dah maafkan.sebab aku tau,korang pon xsedar n xsengaja.

sama2 lah kita tanam azam untuk tidak mengata dan bercakap belakang tentang orang lain kerana dosanya amatlah BESAR.nauzubillah

Wednesday, March 23, 2011

[ KAWEN-KAWEN ]

hari ni nak buat ape ek?emm.emm..hah!hari ni nak buat journal review lah!sebenarnye ade sorang hamba Allah ni suruh aku ulas n letak gambar sikit2 pasal g kunduri kawen rumah madinah mggu lepas.tp bukan madinah la.kakaknye yg kawen.tapi parents madinah mintak tlg kiteorg jd org kuat,so kteorg bertolak awal sikitla.tlg2 ape yg patut.hee.so,hamba Allah tu kate nakk tengokk.kebetulan muiz pon baru pass kan gmbar smlm.amek ko,ak bukan letak gmbar sikit2.sedozen haaa.baru puas nak tgk an?ngeh2

having our dinner at IKEA. d food is not bad at all.bolehlaa~

 bagos jugak pipi ade jerawat.nampak mcm lesung pipit lak bile seny0m.wohaa!
 d one n only 'kumbang' who accompanied us~ 
 At international hot air balloon fiesta

on d wedding day..

 tayang muka sbg pemberi 'souvenir' kpd tetamu yg hadir~
wahaa.moment yg sgt best ;D
 madinah as a bridesmaid with her partner ;p
 really miss all of them :)
 wahh.bestnyee kawen..best ke?



udah2 ler tu..byk benor tgk gamb0 kang smpai juling.




>Tuhan,kurniakan aku pasangan hidup yg baek

Tuesday, March 22, 2011

[ C.E.R.I.T.A HUJAN-HUJAN ]

(hujan turun dgn lebatnya di luar jendela)
haishhh.kenapa hati ni slalu dilanda perasaan2 tak enak n tak sedap?n knp klw cakap pasal hati je mesti org slalu nak kaitkan dgn PMS wanita?mmg ye ke perempuan akan jadi 'giler' time PMS?mungkin jugak la..tp hakikatnya mmg p0n..tapi kan aku teringat ayah aku slalu ckp.yela,anak perempuan die kan ramai,so slalu sorang2 dok mengamuk,membebel tak tentu psl klw time2 period.n ayah aku pon ckp la..jangan ikotkan sgtt perasaan tu.time period ni mmg laa slalu pikir bukan2,slalu mengamok2.satu,mmg la ade kaitan ngn sains sbb hormon.dua, sebab bile time period ni hati kita kurang bersih as compared dgn org yg tak period.yela,time period tak dapat nak solat 5 waktu,tak dapat nak mengaji.so, hati pon makin gelap.jadi ayah aku ckp,klw tak dpt solat n ngaji, banyakkan selawat n istighfar..tp aku ni, bila PMS dtg je da tak igt ape2 dah.tentu2 da tak dpt solat.tak dpt mengaji pulak tu.syaitan pulak dah menguasai diri.buat ape sume xkena.buat ape sume rase xtenang.langsung mengamuk tak tentu pasal.BAGOSSS sgt kan kau tiqa!

tapi tula.ckp pasal ngaji ni,ayah aku slalu pesan jgn tinggal mengaji.mengaji setiap hari...klw dulu dok asrama zaman2 sekolah, ak mengaji pon sbb pikir ayah aku da nasihat.sbb takott kantoii abah tau tak ngaji.sbb abah garang sgt2.bukan sebab Tuhan semata2.tapi sekarang da boleh pikir sikit.mengaji bukan sbb abah suruh.tp bila da boleh pikir mcm ni, rasa serba salah pulak sbb xpaham maksud2 ayat2 yg aku baca tuh.rasa mcm tak guna pulak sbb dah tau baca tp xdpt hayati maksud.patutlah org slalu ckp, ilmu ni makin kita cari,makin kita dalami, makin terasa bodoh.makin terasa byk yg kita tak tau lagii.dulu form1 smpai form 3 amek kelas aliran agama.ada bahasa arab.tp PMR dpt C.tak membantu langsung.spoil kan result betoll!tp tula,actually nyesal xbelajar betol2 dulu.n sekarang pulak asek sibukkn diri dgn dunia sampai xde mase nak bukak tafsir al-quran.tp byk hikmahnye klw dpt menghayati ayat2 alquran ni.mgkin klw ak faham semua maksud tu, aku da taknak dah cintakan dunia yg tipu belaka ni.mesti aku xsabar nak mati je.ishh byk betol dah dosa ni.tak tertanggung dah 

tapi ada byk betulnye ape yg ayah aku pesan.yela, nak jadi ibu bapa ni bukannye senang.bukannye semua anak nak dgr cakap.nak kena ajar dari pelbagai aspek.soal agama,cara hidup,pergaulan n bla bla.semua tuh tanggungjawab ibubapa pada anak2 smpai laa anak tu da waras n boleh pikir.tapi ape pulak tugas anak?nak memberontakk.pandaii dah nak kurang2 ajar.padahal makayah da terlebih ajar.konon2 da besar da boleh pikir cara sendiri.nak hidupp bebass bergaul.bolehh sape kate xboleh hidup bebass bergaul.tp pandai2 tau jaga batasan.iman ni bukan boleh diwarisi.nmpk makayah baik berkopiah bertudung labuh tp xsemestinya anak pon ikot jejak langkah.anak ni mmg selalu xnmpk ape yg makayah buat semua sbb dorang nakkan yg terbaek utk kita.kita pulak bodoh sombong.sampai masa menyesal.tp bagosla ade rasa kesal.drp xpernah sedar susah jugak.

aku pon pernah dok menjawab2 ayah aku marah.n sbg org tua,die sentapp agaknye, die terus diamm.n paling sedih bile die tak tegur direct kt ak, die trus ngadu kt mak aku.suruh pesan kt aku, 'jadi ibu bapa ni bukanlah benda yg mudah n senang'.wahhhh taknak berjurai2 pulak air mata aku nih dgr abah ckp mcm tu.ishh terok betol aku kan.penat abah besarkan,mcm ni ko balas kt abah ko kan tqa?tp lepas tu aku mintak maafla.n konon2 janji xnak buat lg.takot jugak sbb dosa kita derhaka kt ibubapa ni Tuhan akan bayar cash kt dunia.xpyh tggu akhirat.tak sekarang,nnt2 ko da ade anak tuhan akan balas jugak.sbb tulaa ngn makayah kite ni kite jgn dok main2 kan sgt perasaan dorg.dah tua,cepat benau sentapp hatinye.dengarkan jela ape dorg ckp.

n kadang2 rasa hidup ni sempitt sgt.sesak.susah nak bernafas disebabkan terlalu byk mslh hidup.mslh duit,mslh assignment, mslh kerja,mlsh rumahtangga n mcm2 la.kenapa byk sgt tuhan nak uji?xpe,jgn risau..Tuhan pilih kau kau sbb tuhan tau korg kuat.boleh cari jalan keluar.kadang2 tuhan uji kau yg terpilih tu sebab tuhan nak hapuskan dosa2 kau klw kau sabar n dekatkan diri dgn Dia.n kadang2 mmg sebab die nak bg kau bonus.Dia nak kau selalu beringat,ada masalah cari Dia.kau kan tau,1 langkah kau kat Dia,1000 langkah Dia dtg kt kau.yakin dgn benda tu.bersyukur jelah Tuhan masih menguji kau.drp hidup xde mslh, susah jugak.bile hidup terlalu senang nih kita mudah lupakan Dia.jgn ckp kau, aku pon same.ade duit lebih sikit lupakan Dia.hepi sikit lupakan Dia.flowery sikit teros lupakan Dia.mcm xtau je yg nikmat tu sume Dia yg pinjamkan n Dia je satu2nya yg ade time susah senang kau.

sebab tula,klw boleh jgn tinggal solat,mengaji,doa.ubat utk bersihkan hati paling mujarab adalah mengaji setiap hari.xpela klw xtau maksud.belajar sikit2.sama2 la kita belajar.saling ingat mengingati.yg baik jadikan tauladan.yg buruk buang2kanla jadikan sempadan.


Monday, March 14, 2011


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" 
[Al-Ra'd 13:11 ]

Thursday, March 3, 2011

[ LAST MINUTE P.L.A.N ]

last wednesday after human growth class which was pak Abu class madinah, meah and i went to d' buluh madu stall for taking our lunch there.yes.there's only 3 of us.n u know? while we were having our lunch together, then we realized that our day was quite gloomy n we felt so bored plus ayuni was not around with us coz she was at home while d rest sha,ziha and chucky got different class. suddenly meah came out with her brilliant idea n suggested to go to penang.wahaha.i didnt know why me n madinah were too excited and we jz confirmed it and we were like 'omg!ok2 beb.settt..jojom! shopping? sale? where?queensbay mall?omg! omg!'. then  without wasting our time, we called ayuni straight away n asked her whether she wanna join us.if yes we'll fetch her out since she lives at pendang,kedah n it's quite near with sintok.

this is what we call 'an unplanned trip' or 'it's tollay unplanned' or 'what do u girls think huh? dahlaa ponteng kelas madam roza.gedikk je lebih nak jalan2 smpai penang!' wahahah :p WHATEVER drain mouth! we dont care at all.wek :p

so, here we go~~~~ 
 ayuni + madinah



 aik? u said there's only 3 of u + ayuni = 4..?so where did u get diz man girls? 
owh, act we found him somewhere.n he was like too hungry.
n if u can see, miha's feeding him. :)

then, we went back to ayuni's house at dat nite n slept there. and d next morning we planned to go to pusat renang alor setar for swimming!! ho yeahhhh~~


 us.with full attire~
they look so cute with dat swimming suit yaww. ;D



  then..karaoke-ing time!!






ok, ciao ~~




>tuhan,sampaikan salam rindu buatnya

Monday, February 28, 2011

[ KERETA M.A.Y.A.T ]

assalamualaikum dan selamat pagi.wah segar sungguh ak di pagi isnin yg hening ni.di tambah pulak dgn alunan muzik selawat nabi yg syahdu dari blok asrama lelaki kat sebelah tuh sambil aku makan nestle cornflakes dgn air susu sambil menaipp.owwhh what a perfect match! tp best tau act tak tido lepas subuh ni.byk aktiviti kte boleh buat.basuh baju ke,kemas2 bilik ke,membaca ke, n bg yg da bekerja siap2 nak g kerja, n yg ade anak siap2 kan anak g sekolah.kann...yela, sbnrnye xelok tdo after subuh ni.time ni laa pintu rezki dibuka seluas2 nya oleh Tuhan.n klw tdo mcmne kte nak rebut hadiah lumayan dr Tuhan tu kn?mmgla sedap an tdo pas subuh.sejokk n selubung satu bdn..wahh masyukkk!tp cube elakkan lah.nak bgn awal so malam kena tdo awal :)

oklah,sbnrnya nak cite.lately rajin pulak aku bace belog kereta mayat since kelas pon mcm chipsmore da 2,3 minggu ni kejap ade kejap xde, so ak byk habes kan mase membace belog en hamka(name penulis belog tu). actually da lame diperkenalkan belog tu oleh seorang rakan, cuma xberkesempatan nak baca.then bila da start bace x leh nak stop lak.hoho.banyaklah pengajaran yg boleh kita ambil drp blog beliau.penulisannya bersahaja tetapi intipati ayat dan mesej yg disampaikan mmg sgt mendalam n sgt berguna.sile2 lah rajinkan diri menjengah ke belog beliau ye =)

so berbalik pada crite ak pulak.aku nak relate kanlah sikit dgn hidup ak.kadang2 bila aku ada masalah, ak mulala berpikir, terpikir, memikir n pikir n pikir.last2 aku jugak yg menangis!bodoh gler.sape suruh pikir dalam2.cube xyah pikir kan sgt masalah2 yg boleh mengundangkan tekanan emosi, perasaan, jiwa nih.boleh jd giler kott klw x dibendung. plus aku ni pulak jenis tak reti nak crite mslh kt org so kecenderungan utk jd giler adalah tinggi jika terlalu mengikut perasaan ye cik atiqah. so, jln mudah, hidup ak kne sentiase chill~~ jgn pikir2 sgt.kena buat2 mcm xde benda berlaku.kena buat2 xde masalah.( susah jugak ek nak jd pelokon pembantu wanita terbaik nih!wahahaaa.lawak2!! ehhh, tak lawak ke??ok, fine!) n satu je yg bagoss pasal aku nih, (bg  laluan tok ak puji diri sirik jap eh) bile ak sedih, aku buntu, ak hilang punca, ak akan bertukar menjadi seorg yg sgt2 rajin(slalu mmg rjn.cume tambahkan lg kerajinan tu).maksud ak, klw kt rmh tu aku akn tros msok bilik air n sental dinding or lantai kuat2 or pegi la kemas rumah, basoh baju sental sinki dapur sampai kilat or buatlah ape2 aktiviti mengemas smpi aku rase lega n puass.so, dgn cara tu bolehlah buatkan korg enjoy d moment n da xpikir masalah korg yg ntah hape2 tuh.

tp tulah.biasa la hidup ni ada yg kat atasnye, ada yg kt bawah nye.kdg2 kite hepi kdg2 duka.tp tula yg ajar kita menjadi seorang yg lebih matang dlm menangani masalah..nak menjadi seorang yg positif sentiase bukanlah perkara mudah sebenarnya.ia memerlukan kelengkapan minda, emosi yg cukup utk menjadi positif dlm pelbagai aspek.lebih2 lagi dlm agama kita ni mmg xbagi kita bersangka buruk pada org.jadi, bagi manusia2 biase mcm korg, mcm aku, mcm kau-kau, kita memerlukan juga sokongan org sekeliling yg bersifat positif supaya meneutralkan pemiikiran kita yg da sedia negatif ni menjadi lebih positif.jadi, hidup kita akan sentiase hepi n xperlu berhadapan dgn masalah2 hati dan sbgnya.

antare penyakit2 hati termasuklah bersangka buruk pada org or xboleh tgk org lebih sket, xboleh tgk org cun sket, xboleh tgk org hepi sket,kaye sket, berjaye sket.ish2 ape laa.or kdg2 cepat sgt nak tafsir org.mcm kau tu pak nujum.

kadang2 kita tgk org tu muke mcm pecah rumah je an, kita teros nak hukum die tu mesti penjahat.
or kdg2 kite tgk pompuan seksi2 n kite trus ckp die tu mesti pompuan xelok tuh.
or kadang2 kite nmpk awek2 berkapel berpegang tgn berpelok2 ngn pakwe2 n kite tros tuduh mcm2.
or kadang2 bila kite dpt tau org tu pernah buat dosa besar, mencuri ke, buang anak ke, menbunuh ke, terlanjur ke, kite teros xnak rapatkan diri dgn dorg sbb konon2 takut terkena badi. or sbb kite rase kite ni da cukop bagos n xlayak berkawan dgn org2 mcm tu??

sapelahh kita nak jatuhkan hukum kt dorang..sape kite nak judge dorang.sape kite nak tentukan dorg tu layak masuk syurga ke tidak kan?boleh jadi mereka bertaubat dan dosa diampunkan tuhan n kita yg rase diri ni bagoss sgt n yg xpernah bertaubat ni pulak mcmne?boleh jadi dosa2 kecil yg kita kumpol yg meninggi ke langit tu da jadi dosa besar tanpa kite sedar...kan?

oleh itu, kite kne slalu ingat,jgn dgn mudahnya menilai org.ye cik atiqah..klw boleh elakkan.


n sebab aku rase bebelan ak kat atas nih mcm ade kaitan dgn kata2 en hamka tu, so aku nak quote sikit ayat die kt bwh nih,

"Walau macam manapun, kita tak boleh hina mereka, mereka berdosa kerana ada peluang, iman rosak dan nafsu menguasai diri, jika kita sombong, Allah sangat boleh buat korang yang pandang hina pada mereka terlibat dengan dosa yang sama macam mereka-naduzubillah..

Apa yang telah terjadi, dah terjadi, bertaubatlah, kembalilah kepada Allah dengan sebenar benar taubat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang untuk mereka yang menangis berlutut dan bersujud asalkan korang tiada syirik, sebelum jadi mayat…., kembalilah kepada Allah..

n lagi satu dia ckp "Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat"

so, fahamkan?








nota kaki: 
kebanyakan penulisan aku ni ditujukan pada diri.utk mengingatkan diri sendiri yg serba serbi kekurangan ni.bukan di tuju pada siapa2.jadi sila elakkan drp perasaan2 buruk sangka.
Sentiasalah perbaiki diri tetapi jangan menjatuhkan org lain.








okla, tibe2 rase rajin lak nk g basuh baju.
bye!

Saturday, February 26, 2011

[ WAITING FOR D' E.N.D ]


Tuesday, February 22, 2011

[ S.A.B.A.R ]

tiba2 terkedu seketika bila baca blog kak uyun.memang banyak kebenarannya dgn apa yg kak uyun ckp.saya quote sikit cerita dia kt bwh nih.n semoga yg baik kita semua jadikan tauladan..

"bile dah besar neh. kita kene buat keputusan yg besar. keputusan yg byk bg kesan dlm hidup. pasal dose, pasal pahale, pasal pasangan hidup. pasal kehidupan. pasal kematian. kdg2 pilihan tuh dtg didepan mate- atau pilihan tuh kite yg carik sedaye upaye. tapi smuanya adelah di bawah garisan qada' dan qadar.

makenye, bile i dah besar. bile hari jadi i br berlalu minggu lepas, bile umor bertambah tua setahun. i jadik maken sensetif dgn smua keputusan yang i buat, i kne teliti n siries. make pade waktu ini, i baru buat sesuatu. iaitu melepaskan sesuatu yg i xnk lepaskan. mmg kadang2 perlu begitu, xsemua perkare berlaku mcm yg kite nak. walaupun kite nak sgt. n kite syg. tp maybe buat mase sekarang.perkaree tuh adelah yg terbaek. ye. buat mase sekarang. sbb ms depan maseh belum dtg. make yg i ketahui ialah utk keadaan yg sekarang, adelah lebih baek utk melepaskan sst yg disygi .(ye.sape kate sng? tp itu adelah perkare yg org dewase buat)

korang smua pun mesti selalu dgr kan ?

DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU; ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.I(QS.2:216)


Iya.Kata-kata Allah mmg tiade tolok tanding kebenarannye. apelah sahaje perkare yg kite ketahui jika nk dibandingkan dengan perkare yg diketahui oleh Pencipta kita yang tiade tandingan,. kadang2 diri sendiri pun kite xpaham. inikan pulak nk tau perkare diluar bidang kite."


Cube bayangkan.setiap darah yg mengalir, setiap nafas yg kite sedut, semuanya. adalah dgn izin Allah ta'ala , dgn perintah Allah ta'ala..kalao seminit pun berlaku dimane jantung kite tak diizinkan bedegup , dimanekah kite ini sekarang kan kawan2?


Mmg, mmg kite neh manusia. xlari dr sifat lalai, xlari dr membuat kesilapan. tapi marilah kite same2 muhasabah diri kita selalu. Bile dah jauh tersimpang. bile dah terlalu terikat dgn aktiviti dunia. mari berhenti seketika, mari renung kembali kesilapan kite. mari menanges bersame2 takotkan seksa neraka. ;((( bayangkan muke sendiri dalam kain kapan. mampukah ibu bape, kawan baek, juge kekaseh hati yg disanjung mengubah segalenye ? dr sini, mari berfikir. siape yg tidak pernah meninggalkan kite. dikale gembire, dikale susah, dikale terang, dikale gelap. ya. Mmg xlain xbukan . Rabbi,


Dan semalam bile terbace artikal ini. sy menanges. sbb kebenarannye. sy mmg manusia yg lalai. yg selalu mempersoalkan cinta pada sesuatu yang lain.cinta pd dunia. tp Cinta agung ini.sy telepas pandang, sy sibuk dgn janji manusia yg xpasti. padahal. sudah diketahui. hanye satu janji yang pasti. janji yang xpernah dimungkiri. janji Allah S.W.T.


nah bacee artikel neh .saye ambil dr sini,
Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?










sama2 kita renungkan

>Ya Allah, pegangkanlah hati2 kami hanya utk Mu.jgnlah Kau palingkan hati2 kami dariMu walaupun sesaat.bimbinglah kami,tunjukkanlah kami dalam menuju ke jalanMu.sesungguhnya kami adalah makhlukMu yg sgt2 lemah.kasihanilah kami Ya Allah.amin amin Ya Rabb

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...