hari tu dah hafal kan ayat seribu dinar? ok, mulai hari ni kita cuba amalkan ayatul kursi pulak ye.mungkin da ramai amalkan sebelum tidur, tapi klw boleh marilah jadikan amalan membaca ayat kursi ni ketika pagi dan petang, setiap kali selepas solat,ketika hendak keluar rumah dan di mana2 sahaja.insyAllah, diri anda akan sentiasa dilindungiNya.
FIRMAN Allah artinya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di depan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah MahaTinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255)
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau keluar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran.
>Allah, Engkaulah Tuhan yg tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yg berhak disembah dlm kehidupan ini melainkan Engkau. ya Allah, cukuplah Engkau sebagai Penolong kami.