Thursday, August 27, 2009
[ S.T.U.C.K ]
Monday, August 24, 2009
[ F.O.R.G.I.V.E.N.E.S.S ]
Monday, August 17, 2009
[R.A.M.A.D.H.A.N menjelma lagi]
rasanya da lame ak xmenulis..jd sempena kedatangan ramadhan al-mubarak ni rs bolehlaa kita kongsi serba sedikit fadhilat nye..so,ak ade amek bbrape hadith yg ade menerangkan fadhilatnya:
- Ramadan, Ramada, ertinya : membakar – yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya.
1.Abu Hurairah menyatakan: telah bersabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
2. Daripada Abu Hurairah drp Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud :sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yg telah lalu.
3. Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
4. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud: setiap amalan anak adam baginya melainkan puasa maka ia untukKU dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri maksiat pada hari itu dan tidak meninggikan suaranya.
jadi,konklusinya,di bln ramadhan:
- Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
- Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
- Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
- Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
- Anugerah Allah (bagi orang yang benar)